fbpx

Piala Cabaran: Kuching City FC belum mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETRUS Shitembi (kanan) bakal menjadi salah seorang taruhan utama Aidil Sharin (kiri) untuk merobek gawang PDRM FC, malam esok. - MFL

KUCHING – Kelebihan tiga gol dimiliki PDRM FC tidak pernah mematahkan semangat Kuching City FC untuk bangkit semula pada final kedua Piala Cabaran di Stadium Negeri, malam esok.

Walaupun agak sukar, peluang beraksi di laman sendiri kali ini setidak-tidaknya dapat memberi semangat baharu kepada barisan pemain untuk mereka mengejar kembali jaringan.

Pemain tengah Kuching City FC, Arham Khussyairi, semua pemain sudah pun melupakan kekalahan tempoh hari dan kini bersedia untuk mencipta sejarah baharu di hadapan penyokong sendiri.

“Kita nak tutup buku lama dan akan buka buku baharu sebab dalam bola sepak tiada yang mustahil. Kalau nak dikatakan pada perlawanan lepas, kami kurang daripada segi komunikasi dan insyaAllah kita sudah mula perbaikinya dengan lebih baik kali ini.

“Sepertimana yang kita tahu, ini adalah sejarah baharu untuk kita lakukan di Kuching sebab sudah lama tidak merasa aksi final di sini. Jadi kami akan cuba beri saingan untuk memburu kemenangan,” katanya.

Antara pemain yang bakal jadi taruhan utama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak kali ini lebih menjurus kepada Abu Kamara dan Petrus Shitembi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI