fbpx

Permaisuri Selangor berangkat saksi World #Quran Convention

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan beramah mesra ketika berangkat pada World #Quran Convention di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SEPANG – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenaan hadir untuk mengikuti World #Quran Convention di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 9.10 pagi telah disambut oleh Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub selaku penganjur acara itu.

Beliau kemudian turut menyembahkan penjelasan secara ringkas mengenai lembaran naskhah al-Quran terbitan Karya Bestari ketika baginda melawat reruai sekitar lobi dewan.

Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun berhijab dengan jubah berwarna coklat cair itu juga tekun mengikuti diskusi panel bertajuk ‘Kajian Al-Quran: Semalam, Hari Ini dan Esok.’

Sesi itu dipimpin Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Islam, Sharif Hassan Al-Banna yang berpusat di Britain dengan bacaan al-Quran oleh qari Palestin, Rami As-Sousi.

Seramai 1,800 peserta termasuk dari luar negara menghadiri acara sehari yang merupakan penutup World #Quran Hour 2023 dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Program kali ini juga melakar sejarah apabila pengasas Institut Baiyyinah berpangkalan di Amerika Syarikat, Nouman Ali Khan bersetuju menjadi pengarah konvensyen tersebut.

Baginda kemudian berangkat pulang pukul 11.35 pagi selepas mengikuti sesi tadabbur bahagian pertama Surah Al-Insan oleh tokoh akademik, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI