fbpx

Pengemis tinggal seminggu di hotel ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki dipercayai pengemis ditangkap di Karimun. - Foto Batamnews

JAKARTA – Seorang pengemis yang berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa daerah di Ponorogo, Jawa Timur mengaku menginap di sebuah hotel di bandar itu selama seminggu, lapor portal berita Tribun Trends hari ini.

Ketua pihak berkuasa tempatan , Subiantoro menyatakan bahawa anggota-anggotanya terkejut apabila mengetahui pengemis itu datang dari luar bandar dan menginap di sebuah hotel.

Beliau menjelaskan, anggota-anggotanya melakukan serbuan terhadap pengemis menyebabkan di juga ditangkap dalam operasi tersebut baru-baru ini.

“Pengemis itu penduduk Jombang dan tetdapat kunci hotel di dalam begnya. Dia menaiki bas dari Jombang. Tiba pengemis di sini yang mengemis dan tinggal di hotel,” katanya.

Jelas lelaki tersebut, dia tinggal seminggu di hotel tdan jumlah wang yang diperoleh hasil mengemis masih tidak diketahui.

Namun, pengemis yang berani menginap di hotel perlu mempunyai wang sumbangan orang ramai lebih 100,000 rupiah (RM30.28) sehari. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI