fbpx

Menari ‘tak ingat dunia’, baju Leona hampir terlondeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONA dikecam kerana tampil menari dengan pakaian seksi sehingga membuatkan bajunya hampir terlondeh.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona kembali menarik perhatian netizen apabila memuat naik video mempamerkan aksi tarian mengghairahkan dalam media sosial TikTok miliknya.

Seperti biasa, penampilan gadis berusia 24 tahun itu turut mendapat perhatian apabila berani mengenakan baju ala berkemban (tube top) yang dipadankan dengan skirt pendek paras paha.

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Leona sedang menari bersama seorang rakannya di jalan raya dipercayai di London.

Bagaimanapun, aksi dan penampilan yang dikongsikan Leona membuatkan netizen berasa kurang senang, apabila baju yang digayakan seolah-olah hampir terlondeh ketika dia sakan menggoyangkan badan serta dadanya.

Selain kelihatan terlalu seksi, netizen turut berpendapat gadis itu tidak sesuai menggayakan pakaian sedemikian kerana bentuk badannya yang berisi.

Disebabkan hal tersebut, Leona telah dikritik hebat pengikutnya dalam TikTok, selain ramai yang kecewa dengan perbuatannya kerana dianggap tidak menjaga nama baik keluarga, terutama bapanya yang bergelar selebriti terkenal.

“Kasihan Azhar Sulaiman. Berat tanggungan dia,” kata seorang netizen.

“Kita berada dalam kubur, lebih lama dari berada di atas dunia. Sekadar nasihat,” kata seorang lagi netizen.

Sebelum ini, Leona menerusi perkongsian dalam InstaStory miliknya pada bulan lalu memberitahu memilih pendekatan menyekat mana-mana akaun media sosial individu yang menyebarkan virus kebencian mengenai dirinya.

Selain menyekat, Leona juga tidak menghiraukan segala komen negatif mengenai dirinya kerana enggan membiarkan emosinya terkesan.

“Sejujurnya, saya hanya abaikan sahaja dan tidak membaca semua komen.

“Jika ‘haters’ muncul, saya hanya akan menyekat individu tersebut serta-merta,” katanya.

Kata Leona, dia menganggap kehidupannya adalah perihal peribadi dan tidak perlu sebarang penjelasan lanjut kepada umum.

“Saya mencuba sehabis baik untuk mengelak sebagai energi negatif.

“Anda boleh berkata apa sahaja mengenai saya tetapi anda tidak pernah tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dimuat naik Leona selepas menerima pertanyaan daripada netizen mengenai bagaimana dia menghadapi segala komen dan kata-kata negatif.

Leona sebelum ini kerap menjadi mangsa kecaman netizen apabila sering tampil dengan busana mencolok mata. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI