fbpx

Kura-kura tertua dunia sambut lahir lahir ke-191 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONATHAN pada November 2023. - Guinness World Records

LONDON – Seekor kura-kura dikenal pasti sebagai haiwan darat tertua di dunia menyambut ‘hari lahirnya’  yang ke-191 di Pulau St. Helena, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Umur sebenar kura-kura bernama Jonathan itu tidak diketahui, tetapi ia berusia sekurang-kurangnya 50 tahun ketika dibawa ke pulau itu dari Kepulauan Seychelles pada 1882.

Selain menjadi haiwan darat tertua di dunia, Jonathan juga merupakan spesies penyu/chelonian tertua dalam sejarah yang direkodkan, demikian menurut Guinness World Records.

Spesies kura-kura gergasi Seychelles itu mempunyai jangka hayat purata kira-kira 150 tahun.

“Walaupun hilang deria bau dan hampir buta akibat katarak, selera makannya tetap tinggi,” kata seorang doktor haiwan, Joe Hollins.

Jonathan tinggal di Plantation House iaitu kediaman Gabenor St. Helena selama 141 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN