fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis bunuh lebih 100 penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Israel membedil Gaza dekat sempadan Israel hari ini. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Lebih 100 orang awam Palestin yang tidak bersalah terkorban  hari ini dalam pembunuhan beramai-ramai  Israel yang kejam, menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jabalia, utara Semenanjung Gaza, menurut wartawan agensi berita WAFA. 

Insiden ngeri itu berlaku apabila bangunan kediaman milik keluarga Obeid di Jabalia menjadi sasaran serangan peluru berpandu  Israel. 

Serangan itu mengakibatkan pembunuhan serta-merta kira-kira 100 orang, sebahagian besar daripada mereka orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Laporan menunjukkan bahawa serangan peluru berpandu Israel juga menyebabkan berpuluh-puluh yang lain cedera dengan ramai yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. 

Jumlah sebenar individu yang hilang masih tidak diketahui kerana operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Pagi semalam, tentera Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, menyerang kawasan kejiranan dari darat, udara dan laut selepas gencatan senjata kemanusiaan seminggu yang diusahakan Mesir dan Qatar berakhir.

Gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza telah berkuat kuasa pada 7 pagi waktu tempatan pada 24 November lalu, dan pada mulanya ditetapkan untuk tempoh empat hari. 

Bagaimanapun, ia dilanjutkan selama tiga hari lagi.

Sekurang-kurangnya 16,000 penduduk Palestin, majoriti daripada mereka orang awam yang tidak bersalah, termasuk lebih 6,500 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita terkorban sejak permulaan kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza pada 7 Oktober lalu, demikian menurut statistik Kementerian Kesihatan di wilayah itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI