NEW DELHI – Seorang guru wanita di India diculik sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kelmarin, lapor laman berita Ary News.
Video rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kes penculikan guru berusia 23 tahun itu tular di media sosial.
Mangsa bernama Arpitha dilihat berjalan di sebatang jalan utama sebelum teman lelakinya dan beberapa individu lain menangkap dan mencampakkan mangsa ke dalam sebuah kenderaan.
Suspek kemudian memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Sementara itu, keluarga Arpitha menuduh teman lelaki mangsa, Ramu sebagai suspek utama penculikan tersebut kerana mereka baru-baru ini menolak lamaran perkahwinannya.
Superintendan polis tempatan melawat tempat kejadian dan mengarahkan jabatan polis menubuhkan tiga pasukan bagi menyelamatkan guru itu dan menangkap penculiknya. – AGENSI