fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengambil peluang beriadah di Tasik Titiwangsa ekoran cuaca baik pagi ini.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah hampir di seluruh negara, pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Semenanjung, cuaca baik itu diramal berlaku di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

“Hujan serta ribut petir akan berlaku di Terengganu, Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan kawasan pantai di Pahang.

“Manakala di Sabah pula, kawasan di Tawau, Sandakan dan Kudat diramal berlaku hujan di satu dua tempat,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI