fbpx

But LV mirip kaki manusia dijual RM12,850

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut itu dijual dalam variasi dua warna ton kulit berbeza. - Louis Vuitton

PARIS – Jenama fesyen tersohor dunia, Louis Vuitton (LV) mengeluarkan koleksi kasut but baharu yang direka menyerupai kaki manusia, lapor laman berita Wion News semalam.

Reka bentuk kasut but itu mempunyai persamaan dengan kaki wanita yang memakai kasut tumit tinggi hitam dengan stokin putih.

Kasut but itu dikeluarkan dalam dua warna tona kulit berbeza dan dijual pada harga AS$2,750 (RM12,850).

“Kulit anak lembu yang dicat menggunakan tangan untuk mencipta ilusi stokin, dengan dengan perincian bergaris dan huruf LV dan dipakai di dalam kasut hitam. 

“Setiap model buatan tangan adalah unik, disiapkan sebagai kasut tumit tinggi dan zip belakang yang mudah dipasang,” demikian penerangan produk itu.

Penjualan produk itu mendapat perhatian netizen dengan seorang pengguna Instagram berkata bahawa ia kelihatan seperti kaki prostetik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI