CAPE TOWN, Afrika Selatan – Jumlah protein yang terkandung di dalam patti burger nyamuk adalah tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding patti daging lembu, lapor laman berita East Coast Radio.
Kira-kira 500,000 nyamuk diperlukan untuk menghasilkan sekeping patti daging nyamuk yang dijadikan sebagai makanan harian oleh segelintir penduduk di Afrika.
Menurut laman perkongsian Reddit, burger nyamuk adalah makanan istimewa yang sangat kaya dengan protein berbanding daging lembu.
Bagi individu yang tidak boleh makan daging, mereka digalakkan mencuba alternatif patti daging nyamuk untuk mendapatkan sumber protein mencukupi.
Bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat mengenai implikasi kesihatan berhubung pengambilan hidangan itu.
Seorang pengguna Reddit bagaimanapun mendakwa dia pernah merasa daging nyamuk dua tahun lalu.
“Saya makan makanan ini ketika bekerja di sebuah ladang di Mozambique, ia agak hambar,” komen pengguna tersebut. – AGENSI