fbpx

[VIDEO] Bapa dikecam rakam anak perempuan pegang tin arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dikecam hebat di media sosial selepas dia sengaja membiarkan anak perempuannya yang tersalah memegang tin satu jenama arak yang disangkakan air minuman biasa.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial ketika ini, seorang lelaki dilihat hanya membiarkan anak perempuannya itu memegang tin arak dan hanya merakam kejadian tersebut.

“Ibu tengok ni, dia nak minum air ni,” jelas lelaki terbabit terhadap isterinya dipercayai di dalam sebuah kedai serbaneka.

Rata-rata orang ramai tidak bersetuju malah kelakuan yang dibuat oleh lelaki tersebut dianggap hanya sebagai tindakan bodoh dan dipercayai hanya ingin membuat kandungan sosial semata-mata.

“Tengoklah manusia sekarang, kalau kita terus buang benda tu. Ibu bapa kita ajar lain tapi ibu bapa sekarang ni sudah tidak reti yang mana patut rakam dan yang mana patut halang,” kata Jo Rahman.

“Dia sanggup rakam dulu, apa kena dengan bapa macam ni. Yang ibu pun sama naik. Tahu tak benda tu haram, budak lagi tu mana dia tahu,” kata Pokchek.

“Lagi ramai golongan mak bapa macam ni, lagi rosak lah generasi kita selepas ni. Kerja nak rakam saja,” jelas Izwan Es. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI