fbpx

Warga emas seleweng 50,000 liter diesel diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seng Lee.

KULAI – Polis menahan seorang lelaki berusia 67 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti menyeleweng minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Jalan Tee Yeck San, Saleng, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit dalam serbuan dijalankan pada pukul 11.30 pagi.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk tiga lori dan beberapa tangki dengan muatan diesel melebihi 50,000 liter.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk diesel sebanyak RM425,251,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, tahanan beserta barangan rampasan telah diserah kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Polis akan terus membanteras kegiatan penyeludupan dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

“Mana-mana orang awam yang membawa maklumat berhubung kegiatan jenayah boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6637222,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI