fbpx

[VIDEO] Wanita hura-hara Datuk Siti Nurhaliza masuk ‘live’ masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga pempengaruh media sosial menjadi tidak keruan setelah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Norhaliza masuk ke dalam ‘live’ video memasaknya.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Mekdinda Comolod dilihat menjadi ‘huru-hara’ setelah pelantun lagu Cindai itu bersamanya dalam siaran langsung di TikTok wanita berkenaan.

“Abang…mak.. Datuk Siti (Nurhaliza) masuk live ni. Apa saya nak buat ni, satu kampung dengar sini, Datuk Siti masuk live saya.

“Saya dah tak boleh nak goreng keropok ni, saya cuba la nyanyi khas untuk Datuk Siti. Apa lagi saya nak buat ni, saya akan post balik video live ni nanti. Terharunya saya,” jelas wanita tersebut.

Rata-rata pengikut media sosial wanitatersebut turut memuji beliau kerana usahanya selama ini untuk memperkenalkan cara masakannya berbaloi setelah penyanyi terkenal itu turut tertarik dengan cara persembahannya.

“Tahniah mummy, kena gaya lagi terkenal la awak. Datuk Siti Nurhaliza pun dah tertarik dengan cara ‘live’ awak ni. Rezeki awak ni mummy,” kata Farah Nadia Samsuddin.

“Segak (cantik) mak pun, dah memang segak dah. Tahniah dan bertuah la awak,” kata Myra Syuhada.

“Aku tengok suami dia nak bancuh susu pun dah kelam kabut sekali. Lucu la kamu berdua ni, apa-apa pun tahniah dan bertuahnya kamu,” kata Faizal Nazren. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI