fbpx

Victoria Beckham Lancar Baju-T ‘My Dad Had A Rolls-Royce’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VICTORIA BECKHAM

BERMULA dengan meme, penyanyi Victoria Beckham mengangkat kata-katanya yang tular, ‘My dad had a Rolls-Royce’ dalam dokumentari Beckham di Netflix sebagai bahan untuk grafik baju-T di bawah jenamanya.

Baju-T rona putih yang dihasilkan daripada bahan kapas organik premium itu dijual pada harga RM695.85 sehelai.

Ilham itu tercetus selepas perbualan dengan suaminya, David Beckham dalam siri empat episod di platform penstriman itu menjadi perhatian selepas dia mendakwa berasal daripada keluarga ‘kelas pekerja’.

Mendengar pengakuan itu, David secara berseloroh memaksa Victoria mengakui yang bapanya setiap hari menghantarnya ke sekolah menggunakan kereta Rolls-Royce.

Walaupun berulang kali memberi penegasan dibesarkan secara sederhana, akhirnya Victoria atau Posh Spice terpaksa membuat pengakuan terbuka keluarganya mempunyai kenderaan mewah.

Baiklah saya tidak boleh melawannya lagi. Ya, ayah saya hantar saya ke sekolah dengan menaiki Rolls-Royce,” kata Victoria sambil disambut ketawa suaminya.

Pelancaran baju-T yang disifatkan ikonik itu dibuat beberapa minggu siri berkenaan bersiaran.

Menerusi laman web Victoria Beckham, selain menggunakan kain kapas yang lembut, slogan ‘My Dad Had A Rolls-Royce’ pada baju-T tersebut juga melambangkan sisi santai jenama tersebut.

Malah, laman sesawang berkenaan turut mengesyorkan pembeli agar menggayakan helaian ini bersama seluar denim yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi bagi menyerlahkan gaya ‘timeless’ dan ikonik. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI