fbpx

Untung AGB melonjak 95 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peningkatan perniagaan dalam segmen F&B mendorong kepada prestasi lebih baik bagi AGB.  

PETALING JAYA – Able Global Berhad (AGB) merekodkankan prestasi memberangsangkan pada suku tahun ketiga berakhir 30 September 2023 apabila keuntungan selepas cukai mencatatkan lonjakan sebanyak 95.77 peratus kepada RM16.31 juta.

Pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan jualan dalam segmen makanan dan minuman (F&B), serta turut disokong penstabilan harga bahan mentah.

Lembaga Pengarah AGB mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak dua sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, yang mana tarikh pembayaran dan penutupan buku dividen interim akan ditentukan kemudian.

Pengurusan AGB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, AGB telah beroleh pencapaian yang kukuh dalam suku tahun ketiga 2023, yang mencerminkan pesanan mampan daripada segmen F&B.

“Melangkah ke depan, kami menjangkakan permintaan daripada segmen F&B kami tetap kekal sihat, disokong oleh harga bahan mentah lebih stabil.

“Kumpulan akan terus berwaspada namun pada masa sama, bersikap optimistik untuk prospek yang tidak dijangka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI