fbpx

Transformasi Mek Yun, hilang 14kg setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEK YUN gembira kerana telah menyingkirkan 14 kilogram berat badan dalam tempoh setahun. - Foto Mohd Farizwan Hasbullah

MELIHAT perwatakannya yang manis dan ayu, pempengaruh popular Cina Kelantan, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 26, mengakui dia sebenarnya seorang yang lasak dan suka aktiviti mencabar adrenalin.

Menurutnya, boleh dikatakan tiada siapapun dalam kalangan pengikutnya yang tahu dia sukakan aktiviti lasak seperti buggy jumping dan skydiving.

“Ya, memang ramai tidak tahu dan saya sendiri tidak pernah berkongsi yang saya ini jenis gadis yang sukakan aktiviti lasak,” kata pempengaruh miliki sejuta pengikut di TikTok itu yang sering muncul dengan video berbahasa Melayu loghat Kelantan.

Jelas ikon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini, ada beberapa aktiviti lasak yang sehingga kini masih tidak berkesempatan untuk dicuba dan menjadi bucket list dirinya seperti buggy jumping di Macau.

Mek Yun mengumpul 1 juta pengikut di TikTok.

Melihat perubahan dirinya yang semakin kurang berisi berbanding dahulu, Mek Yun berkata, dia gembira kerana telah berjaya menyingkirkan 14 kilogram (kg) berat badan dalam masa setahun dari November 2022 hingga November 2023 menjadikan beratnya daripada 74kg ke 60kg.

“Saya amalkan senaman secara konsisten, pemakanan seimbang dan elak makanan ringan,” katanya.

Mek Yun pada saat awal-awal kemunculannya sekitar tahun 2021 dengan tubuh yang agak berisi.

Selain itu, Mek Yun mengakui dia sebenarnya seorang pencinta kucing dan mempunyai beberapa ekor kucing yang dijaganya.

Katanya, dia minat haiwan itu sejak kecil lagi dan hingga kini terdapat lima ekor kucing pelbagai baka yang dibelanya.

MEK YUN selalu menghasilkan kandungan video menampilkan ahli keluarganya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI