fbpx

TPM Ahmad Zahid kembali bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersalaman dengan Perdana Menteri semasa menghadiri mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau telah kembali bertugas hari ini.

Ahmad Zahid dalam satu hantaran di media sosial berkata, beliau telah menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah S.W.T, saya kembali bertugas melaksanakan amanah yang telah ditaklifkan dengan menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB PM.

“Semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk berkhidmat demi rakyat dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas sokongan dan doa,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sebelum ini memberitahu, beliau diminta oleh doktor untuk berehat sementara sebelum kembali bertugas selepas menjalani pembedahan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas jenis pembedahan yang dilakukannya.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam akaun Facebooknya sebelum ini, namun mendakwa menerima perkhabaran Ahmad Zahid melakukan pembedahan membuang ketumbuhan disyaki kanser prostat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI