fbpx

Sentuhan kreatif Lat pada buku Belanjawan Perak 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani menunjukkan dokumen Belanjawan Perak 2024 sebelum sesi pembentangan di Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Reka bentuk buku Belanjawan Perak 2024 mendapat sentuhan kreatif Seniman Diraja, Datuk Mohamad Nor Khalid atau Lat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif tersebut adalah bagi menghargai kreativiti kartunis tersohor itu yang juga merupakan anak jati negeri Perak dalam berkarya.

“Inisiatif ini juga bagi menghargai jasa dan bakti beliau dalam berkarya sehingga menerima pelbagai anugerah serta pengiktirafan dari dalam mahu pun luar negara.

“Usaha ini diharap dapat mengangkat martabat industri seni kreatif di negeri Perak terutamanya melalui pengiktirafan ke atas bakat dan sumbangan anak tempatan,” katanya ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI