fbpx

Penganggur berdepan hukuman mati, edar dadah lebih 10kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

MELAKA – Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih 10 kilogram, bulan lalu.

Tertuduh, Lee Chi Wan, 27, bagaimanapun hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan jurubuhasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat kasar 10,392.20 gram yang disenaraikan di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 3.45 petang di tempat letak kenderaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama, Bukit Beruang dalam daerah Melaka Tengah pada 18 November 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum mati disebat tidak kurang 12 kali sebatan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 15 Januari depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI