fbpx

Orang Asli ikat perut gara-gara jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan jalan balak yang becak dan rosak teruk akibat hujan lebat di perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang.

GUA MUSANG – Kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Gob di sini tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang untuk membeli makanan apabila terputus hubungan ekoran jalan yang becak dan rosak teruk akibat hujan sejak dua minggu lalu.

Penduduk mendakwa, kea­daan itu menyebabkan mereka terpaksa berjimat kerana tidak boleh keluar untuk membeli barangan keperluan seperti beras dan barangan kering kerana laluan balak becak.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli, Aman Angah, 32, bagaimanapun berkata, beberapa penduduk terpaksa keluar walaupun ber­hadapan dengan risiko motosikal yang ditunggang rosak dan terpaksa bermalam di dalam hutan.

Katanya, mereka bukan sahaja berdepan risiko tanah jalan rosak teruk, tetapi juga berlaku peningkatan paras air Sungai Gob dan Sungai Puyan.

“Sejak dua minggu lalu kami tidak dapat keluar kerana hujan berterusan yang menyebabkan jalan rosak dan memberi risiko kepada kami yang menggunakan motosikal.

“Ketika ini kami hanya makan ubi kayu dan berjimat de­ngan bekalan makanan yang ada kerana tidak dapat keluar seperti biasa,” katanya kepada pemberita semalam.

Tambah Aman, beberapa hari lalu sekumpulan penduduk terpaksa bermalam di tengah jalan dan mengambil masa lebih lima jam untuk ke bandar.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Gob, Roslan Along, 54, berkata, keadaan jalan yang rosak teruk dan cuaca hujan menyebabkan penduduk Orang Asli sudah tidak dapat keluar membeli makanan akibat jalan balak telah rosak.

Katanya, dia berharap pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli dapat membantu penduduk yang kini buntu memikirkan keadaan diri dan keluarga ke­rana bekalan makanan semakin berkurang.

“Hujan yang berterusan di kawasan pedalaman menyebabkan kami tidak boleh keluar ke kebun seperti biasa dan terpaksa berada di rumah.

“Saya harap pihak kerajaan dapat buat jalan berturap batu dari Pos Simpor hingga ke Pos Gob supaya mudah untuk kami keluar dan masa perjalanan juga semakin singkat,” katanya.

Menurut Roslan, mereka tiada jalan lain untuk keluar ke bandar kerana ia merupakan satu-satunya laluan yang digunakan sejak sekian lama oleh penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI