fbpx

Konflik Palestin-Israel: Perang meletus semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap menjulang ke langit selepas tentera Israel membedil bangunan di sempadan Gaza hari ini. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 65 penduduk Palestin yang majoritinya adalah orang awam yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak telah dibunuh oleh kempen pengeboman tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak awal pagi hari ini, lapor agensi berita Palestin, WAFA.

Israel menyambung semula kempen pembunuhan beramai-ramai di kawasan itu selepas gencatan senjata selama tujuh hari.

Wartawan WAFA mengesahkan bahawa jumlah korban yang di Gaza meningkat kepada 65 orang sejak 7 pagi (waktu tempatan) dengan majoritinya kanak-kanak dan wanita dengan ramai orang awam yang tidak bersalah mengalami kecederaan.

Dalam salah satu insiden tragis pembunuhan beramai-ramai Israel di wilayah itu, ramai orang awam terbunuh dan yang lain cedera apabila tentera Israel mengebom rumah keluarga Subehi di George Street, timur bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Wartawan WAFA selanjutnya menyatakan bahawa mayat 30 orang awam telah dibawa ke Hospital Al-Ahli Baptist di Bandar Gaza kerana keganasan Rejim Zionis disambung semula, khususnya di kawasan kejiranan Shejaeya dan Al Zaytoun di bandar itu.

Awal pagi ini, tentera Israel menyambung semula pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, menyerang kawasan kejiranan kediaman dari darat, udara dan laut selepas gencatan senjata kemanusiaan yang bermula pada Jumaat minggu lalu berakhir.

Gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza telah berkuat kuasa pada 7 pagi (waktu tempatan) pada 24 November lalu dan pada mulanya ditetapkan untuk tempoh empat hari tetapi dilanjutkan lagi selama tiga hari.

Sekurang-kurangnya 15,000 penduduk Palestin, majoriti daripada mereka orang awam yang tidak bersalah termasuk lebih 6,500 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita terkorban sejak permulaan kempen pembunuhan beramai-ramai tentera Israel di Gaza pada 7 Oktober lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI