fbpx

Individu dakwa diri Imam Mahdi akan dipanggil Jakim – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im.

PUTRAJAYA – Individu yang menggelar dirinya sebagai Imam Mahdi di media sosial akan dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, individu itu akan dipanggil oleh jabatan berkenaan bagi tujuan nasihat atas kenyataannya itu.

“Saya telah arahkan Jakim untuk memanggil dan memberi nasihat kepada individu tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu tular di media sosial berhubung kenyataan seorang lelaki yang dikenali menyatakan dirinya sebagai Imam Mahdi yang dilantik oleh Allah SWT.

“Assalamualaikum, sebenarnya aku lah Imam Mahdi yang dilantik oleh Allah SWT, aku boleh bukti kalau ‘u all’ nak tahu apa tugas aku dekat dunia Allah SWT ni, maaf lambat bagitahu siapa aku,” katanya dalam hantaran itu.

Namun, hantaran yang dimuat naik individu berkenaan mendapat kecaman pengguna media sodial dan rata-rata mereka meminta lelaki berkenaan untuk bertaubat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI