fbpx

Haus Premix Coffee Classic alternatif untuk sihat, diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOPI Haus Premix Coffee Classic tidak menggunakan gula, sebaliknya diganti dengan pemanis alternatif.

PENGAMBILAN minuman berkafein seperti kopi sangat sinonim dengan masyarakat di negara ini.

Tidak sekadar menyegarkan, pengambilan kopi juga dikatakan mampu memberi sumber tenaga dan mempunyai manfaat tersendiri pada kesihatan.

Peka dengan keperluan tersebut, syarikat bumiputera, Haus Cosmetics tampil memperkenalkan Haus Premix Coffee Classic (Haus) bagi penggemar kopi terutamanya kepada mereka yang mahu berdiet tanpa mengambil gula berlebihan.

Menurut pengasasnya, Norazimah Abd. Jalil, pengenalan kopi itu bertitik tolak daripada dirinya yang merupakan pencinta minuman berkafein tersebut.

“Kopi daripada jenama Haus sudah dipasarkan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Ketika itu semua orang duduk di rumah dan melakukan kerja di kediaman mereka.

“Apabila bekerja di rumah, kadang-kadang kita akan bekerja lebih masa, sebab tiada perkara lain hendak dilakukan.

“Jika terlalu banyak buat kerja, ramai yang mula mencari kopi untuk kekal stay up dan cerahkan mata serta segarkan badan.

“Saya pula seorang yang sangat menjaga kesihatan. Malangnya, kebanyakan kopi di pasaran semuanya mengandungi gula putih.

“Ada juga penambahan bahan yang kurang baik untuk tahan dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Aura.

Jelas Norazimah, disebabkan itu, dia mula terdetik untuk menghasilkan minuman kopi sendiri sebagai alternatif lebih sihat, mesra diabetes, sesuai untuk orang sedang berdiet dan menjaga kesihatan.

“Formulasi kopi Haus tidak menggunakan gula, sebaliknya diganti dengan pemanis alternatif yang mesra diabetes iaitu Acesulfame-K. Selain itu, ia menggunakan krimer tanpa tenusu.

“Kopi kami juga mengandungi khasiat daripada ekstrak halia hitam, ekstrak habbatussauda dan ekstrak bawang putih hitam.

“Selain tinggi antioksidan dan membantu menyegarkan tubuh, ia juga membantu melancarkan sistem pernafasan, meningkatkan imunisasi badan dan pengaliran darah,” ujarnya.

Ditanya mengenai tempoh produk tersebut dikeluarkan, Norazimah menyatakan, kopi tidak memerlukan masa terlalu lama seperti produk kosmetik keluarannya yang lain.

Ujarnya, ia memerlukan sekitar dua minggu sebelum boleh dipasarkan.

Katanya lagi, keistimewaan dan eksklusifnya kopi Haus, ia hanya boleh didapati daripada wakil jualan syarikat dan tidak dijual di mana-mana platform jualan atas talian.

“Buat masa ini, kopi kami sudah mendapat tempat di hati pengguna rakyat Malaysia terutama dari Sabah dan Sarawak.

“Kita juga menerima banyak tempahan dari Singapura dan Brunei. Perancangan kami untuk memasarkan kopi Haus ke lebih banyak negara luar.

“Sebelum ini, Haus dikenali sebagai jenama barangan kecantikan dan penjagaan diri yang dikeluarkan oleh kilang sendiri. Justeru, produk kopi kami adalah keluaran edisi terhad dan cepat habis,” katanya.

Setiap pek Haus Premix Coffee Classic mempunyai 10 sachet yang dijual pada harga RM29.

Orang ramai boleh mendapatkannya dengan menghubungi aplikasi WhatsApp di talian 016-332 5545.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI