fbpx

EPL: Klopp pening dua tonggak cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON hampir pasti tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Fulham Ahad ini ekoran masalah kecederaan. - AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sudah membayangkan bakal berdepan situasi memeningkan selepas dua bintang utamanya, Alisson Becker dan Diogo Jota bakal terlepas beberapa aksi selepas ini ekoran kecederaan.

Pengesahan ini menjadi berita kurang baik buat The Reds selepas sudah kehilangan khidmat Thiago Alcantara and Andy Robertson juga ekoran masalah sama.

Situasi ini juga menghadirkan rasa panik buat penyokongnya memandangkan Liverpool bakal berdepan jadual padat sepanjan September ini termasuk menentang Manchester United, Arsenal dan Newcastle United pada pagi tahun baharu.

“Kedua-duanya tersisih daripada pasukan. Ali mungkin tidak begitu serius dan kami perlu terus lihat keadaannya. Dia juga mungkin tidak dapat bermain pada perlawanan Ahad ini (menentang Fulham).

“Diogo akan mengambil masa lebih lama dan saya tidak pasti berapa lama tempoh yang diperlukan,” katanya yang mungkin akan pertaruhan Caoimhin Kelleher sebagai penjaga gol utama dalam tiga aksi liga selepas ini.

Alisson dan Jota alami kecederaan ketika Liverpool seri 1-1 dengan Manchester City, Sabtu lalu.

“Dalam tempoh yang cukup sibuk, kami sebenarnya perlukan semua pemain cergas. Alangkah bagusnya jika tiada apa-apa yang berlaku namun ia tidak mungkin dan kami perlu pikul tanggungjawab ini secara bersama.

“Kelleher akan dapat minit permainan yang dia sememangnya berhak dan saya harap dia juga mampu serlahkan potensinya. Kami perlu bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI