fbpx

Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan.

GEORGE TOWN – Jambatan Kedua Sdn. Bhd.(JKSB) memaklumkan bahawa dua lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Bandar Cassia telah dibuka.

Menurut JKSB, dua lorong yang terlibat adalah di Lorong K23 (Plaza Tol B) dari arah Lebuh Raya Utara-Selatan ke Bandar Cassia dan Lorong M4 (Plaza Tol C) dari Bandar Cassia menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Kedua-dua lorong manual RFID ini boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi.

“Di sebelah petang pula antara pukul 4.30 petang hingga pukul 7 malam. Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, petugas tol akan dilengkapi dengan peranti mudah alih (portable reader) di lorong
manual berkenaan untuk mengimbas tag atau pelekat RFID, bagi membantu mempercepatkan transaksi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI