fbpx

Banjir Terengganu pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Banjir gelombang pertama Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda Terengganu sejak 13 hari lalu berakhir pada malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, tiga sekeluarga yang menjadi mangsa terakhir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibenarkan pulang ke rumah.

“Mereka yang sebelum ini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu telah dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 8 malam tadi.

“Ia menjadikan semua PPS yang beroperasi di Terengganu sebelum ini sejak 20 November lalu telah ditutup sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, langkah berjaga-jaga masih diambil memandangkan cuaca masih mendung dan hujan di beberapa kawasan di negeri ini.

Banjir gelombang pertama MTL yang melanda Terengganu sejak 20 November lalu telah menjejaskan lebih 4,700 mangsa daripada kira-kira 1,200 keluarga.

Ia melibatkan tujuh daerah di negeri ini secara berperingkat kecuali Hulu Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI