fbpx

Anwar solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyantuni jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, di sini.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar dan beberapa kenamaan lain.

Sebaik tiba, Anwar sempat menyantuni jemaah sebelum bersama mendengar khutbah bertajuk ‘Memaknakan Kekayaan Dengan Berzakat’ yang disampaikan Ustaz Amirul Aqif Ismail.

Isi khutbah antara lain mengingatkan semua supaya melunaskan kewajipan menunaikan zakat khususnya zakat pendapatan sebelum berlabuhnya tirai tahun ini.

Khatib turut mengingatkan bahawa zakat pendapatan mestilah dibayar di tempat kita berkhidmat dan mencari rezeki.

Anwar bersama jemaah lain turut mengaminkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di Palestin.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menjamu selera di pekarangan surau termasuk beramah mesra dengan jemaah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN