fbpx

50 projek rumah terbengkalai dipulih pada Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah bercakap ketika sidang akhbar mengenai 50 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai yang berjaya dipulihkan oleh KPKT di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebanyak 50 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai dengan 4,986 unit perumahan telah berjaya dipulihkan bagi Oktober lalu iaitu tertinggi bagi tempoh 10 bulan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, jumlah itu tertinggi setakat ini selepas 45 projek direkodkan pada September, 44 projek (Julai) dan 34 projek (Ogos).

Beliau berkata, jumlah direkodkan pada Oktober lalu itu yang tertinggi sejak Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) diwujudkan pada Januari lalu.

“Sejak Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 351 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai berjaya dipulihkan membabitkan 43,738 unit rumah dengan nilai pembangunan asar (GDV) sebanyak RM32.87 bilion.

“Sehingga 31 Oktober lalu, TFST telah merekodkan sebanyak 55 projek lewat, 497 projek sakit adalah sebanyak 497 projek dan 117 projek disahkan terbengkalai.

“Semua projek lewat, sakit dan terbengkalai ini membawa nilai GDV sebanyak RM74.92 bilion,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, walaupun terdapat pertambahan projek sakit dan projek terbengkalai, namun nilai GDV telah berkurang sebanyak RM4.11 bilion.

Akmal Nasrullah berkata, sepanjang tempoh 10 bulan ini, kementeriannya telah berjaya mencapai kejayaan signifikan dalam pemulihan projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai.

Menurutnya, TFST turut mencadangkan supaya projek di bawah program perumahan kerajaan atau pihak berkuasa negeri yang terkesan dengan kelewatan atau mengalami status sakit supaya menerima manfaat daripada Dana Jaminan Khas berjumlah RM1 bilion seperti diumumkan pada Belanjawan Madani 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI