fbpx

200 bungkus nasi lemak licin dalam 1 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIOR USMAN menunjukkan nasi lemak RM1 yang dijual di hadapan Taman Pontian Utama, Jalan Pontian-Johor Bahru, Pontian.

PONTIAN – Tidak sampai satu jam, 200 bungkus nasi lemak RM1 yang dijual dua beranak ‘licin’ di hadapan Taman Utama, Jalan Pontian-Johor Bahru pada setiap pagi.

Walaupun harga bahan mentah ketika ini seperti beras, bawang dan lada kering mahal, peniaga itu tetap akan menjual dengan harga RM1 sebungkus.

Kata Mior Usman Mior Ishak, 26, setiap hari dia bersama ba­panya Mior Ishak Nek, 59, mampu menjual sehingga 200 bungkus nasi lemak.

Katanya, dia mula menjual nasi lemak pada bulan Jun lalu setelah tamat pengajian di ­sebuah kolej di Johor Bahru dan belum tergerak untuk be­kerja atau meneruskan pengajian.

“Setiap pagi emak saya, Zainabun Awang, 56, akan memasak nasi lemak dan sambal seawal pukul 1 pagi dan kerja-kerja membungkus pada pukul 5 pagi kerana gerai dibuka seawal pukul 6.40 pagi.

“Tumpuan kami kepada mereka yang bekerja di Pekan Nanas, Johor Bahru dan Singapura, pelajar-pelajar sekolah serta suri rumah yang mula membeli sebagai sarapan untuk anak-anak mereka.

“Selain nasi lemak RM1, kami juga ada menjual nasi lemak ayam dengan harga RM2 selain nasi lemak berlauk dan mihun goreng pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya ketika ditemui di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI