fbpx

Wanita tipu jual anjing Golden Retriever berharga RM4,200 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bersama gambar contoh jenis anjing

BALIK PULAU – Pekerja swasta diberkas selepas dipercayai menjadi keldai akaun sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pembelian seekor anjing spesies Golden Retriever secara dalam talian, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, tangkapan ke atas wanita berusia 24 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.

Menurutnya, suspek disyaki memperdaya mangsa dalam urusan pembelian haiwan peliharaan itu menerusi dalam talian.

“Mangsa telah membuat beberapa transaksi ke dalam beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4,200 sebelum penjual gagal dihubungi.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI