PETALING JAYA – Usahawan kontroversi terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dengan yakinnya tampil bersama empat tip supaya suami tidak curang kepada isteri.
Ia susulan daripada permintaan salah seorang pengikutnya yang memohon supaya Aliff berkongsi tip berkenaan.
Menerusi Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris antara tip itu ialah, isteri perlu mengetahui kata laluan bagi semua media sosial suami.
“Pertama sekali kau pegang ‘password’ (kata laluan) Instagram, TikTok segala mak nenek ke supaya tak curang.
“Nombor dua, duit gaji dia kalau gaji RM5000, kau bagi tangan dia RM500 ja, faham? Yang lain kau simpan untuk anak, makan, minum beli baju anak kau semua (ketiga).
“Nanti kalau perempuan lain tengok lelaki kaya dia mula menggeletis. Kenapa menggeletis? Sebab nak cari lelaki bujang banyak susah. Sebab itu rembat laki kau!”
“Keempat, laki ni jangan kau bagi nama (untuk) kereta, rumah ke, semua letak nama engkau atau anak. Faham? Nanti kalau nak kahwin dia fikir 10 kali. Itulah pesanan yang paling berguna daripada Abang Terlajak Laris. Jangan marah orang lelaki ya! Renung-renungkan,” katanya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan tip-tip yang dikongsikannya itu, namun dalam masa sama ada juga segelintir berbeza pandangan.
“Datuk ni walaupun suara dia ke laut macam nelayan, tapi tip dia tu berguna dan memang betul,” kata Sofia Imani.
“Baru kali ini Datuk bagi motivasi betul,” komen Bunga Larangan.
“Kalau dia nak curang, dia tetap akan curang. Tak kira la macam mana terkawal sekali pun,” ujar Jannah Sazali. – KOSMO! ONLINE