fbpx

UCL: Newcastle kesal kemenangan ‘dirompak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAK (kiri) membuka tirai jaringan buat Newcastle ketika mereka terpaksa akur dengan keputusan seri berdepan PSG awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe meluahkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan selepas mereka mencatat keputusan seri 1-1 menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Magpies membuka tirai jaringan pada minit ke-24 menerusi penyerang, Alexander Isak, namun disamakan Kylian Mbappe yang menyempurnakan sepakan penalti di penghujung permainan.

Justeru, Howe membidas pengadil perlawanan, Szymon Marciniak yang memberikan sepakan penalti kepada PSG apabila mendakwa bola terkena tangan Tino Livramento selepas merujuk Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Mungkin kami bernasib baik malam ini (semalam), tetapi perlu diakui bahawa itu bukanlah sepakan penalti. Bagi saya, itu bukanlah satu tindakan yang disengajakan dan pengadil perlu fikir secara mendalam.

“Selain itu, pengadil juga dipengaruhi oleh penonton-penonton di stadium sepanjang perlawanan. Saya fikir tekanan beraksi di sini cukup tinggi dan ia sangat sukar untuk kami,” katanya.

Menerusi keputusan itu, Newcastle kini menghuni tangga ketiga dalam saingan Kumpulan F mengumpul lima mata, hanya dua mata dibezakan dengan PSG yang menghuni tangga kedua manakala Borussia Dortmund gah sebagai pendahulu dengan 10 mata.

“Walaupun tidak dapat mengutip tiga mata penuh, namun saya tetap gembira dengan aksi semua pemain pada hari ini (semalam). Semua pemain patut bangga dengan apa yang mereka pamerkan,” ujar Howe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI