fbpx

Sanggup keluar duit beli tanah demi rumah percuma zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran (kiri) dan Roslan (dua dari kanan) pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Pengemaskini Data dan Penyerahan Saguhati Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG PERAI – Ramai individu yang tidak layak menerima bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) didapati masih tidak ‘segan-silu’ memohon mendapatkan bantuan tersebut terutamanya di bawah Skim Inapan Kasih iaitu pemberian rumah percuma kepada asnaf.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali.

Menurut beliau, siasatan mendapati, ada dalam kalangan individu atau pemohon terbabit mempunyai wang simpanan yang banyak dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga melebihi RM300,000.

“Apabila kita kata kena ada tanah sendiri (iaitu syarat untuk memohon bantuan di bawah Skim Inapan Kasih), ‘dan-dan’ (tanpa berlengah) mereka boleh beli tanah.

“Beli tanah tak sampai setahun, tiba-tiba minta bantuan zakat. Jadi, pada saya, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Justeru, ZPP terpaksa ambil keputusan untuk ketatkan syarat permohonan bantuan ini sebab kita (ZPP) ini pemegang amanah. Mereka yang benar-benar susah dan yang benar-benar tak mampu bina rumah yang selesa sahaja kita akan bagi rumah percuma kepada mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Pengemaskini Data dan Penyerahan Saguhati Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr. Roslan Ahmad di Seberang Jaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, ada dalam kalangan mereka yang tidak layak menerima bantuan zakat itu marah apabila permohonan mereka ditolak sedangkan individu yang sepatutnya layak mendapat bantuan tersebut pula tidak memohon.

“Inilah antara cabaran yang terpaksa kita hadapi. Apapun, yang penting, masyarakat juga kena bantu kita (ZPP) untuk kita pastikan bahawa bantuan zakat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang betul-betul layak sahaja,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI