fbpx

Putrajaya FA mahu jadi ahli gabungan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAISAL (kanan) menyaksikan perjanjian ditandatangani antara Pengarah Syarikat Hakka Clo, Noor Amiruddin Mohamed dan Pengerusi Penajaan dan Pemasaran Putrajaya FA, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah di Putrajaya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Putrajaya (Putrajaya FA) dalam perancangan untuk menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada masa hadapan.

Presiden Putrajaya FA, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim berkata, pihaknya akan mendapat pelbagai manfaat khusunya dari segi pembangunan akar umbi sekiranya menjadi ahli gabungan FAM.

Menurutnya, skuad bawah 23 tahun (B23) Putrajaya FA ketika ini bermain di Liga Bola Sepak Putrajaya peringkat M5 dan pastinya persatuan mahu melihat perkembangan positif musim depan.

“Sasaran Putrajaya FA pada musim depan ialah dapat menyertai pertandingan Piala Belia dan Piala Presiden yang dianjurkan FAM. Kami berharap impian ini akan menjadi kenyataan.

“Selain itu, pasukan-pasukan akademi bola sepak Putrajaya FA juga masih aktif menyertai Liga Suparimau (Kelolaan Akar umbi FAM),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui, Putrajaya FA mendapat ‘tonik’ istimewa menjelang musim baharu apabila mendapat tajaan bernilai RM80,000 dalam bentuk barangan dan perkhidmatan.

Katanya, tajaan itu diterima daripada Syarikat Hakka Clo dan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman telah diadakan di Putrajaya baru-baru ini.

“Saya percaya penajaan ini sedikit sebanyak akan memberi rangsangan kepada Putrajaya FA untuk melangkah ke peringkat tertinggi dalam kancah bola sepak negara pada masa akan datang.

“Untuk makluman, Putrajaya FA telah mengadakan Perancangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2024 bertujuan meningkatkan mutu pembangunan bakat dan akar umbi di Putrajaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI