fbpx

Plus peruntuk RM18 juta tambah baik tandas awam di 31 lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (Plus) telah memperuntukkan kira-kira RM18 juta untuk kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di 31 lokasi, tahun ini.

Plus menerusi satu kenyataan berkata, ia melibatkan tandas awam di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol terpilih sepanjang lebuh raya Plus.

“Ia melibatkan tujuh kawasan R&R, restoran jejantas (1), hentian sebelah (12) dan plaza tol terpilih (11) yang kini sedang giat dijalankan.

“Semua kerja penambahbaikan tandas awam lebuh raya Plus dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat bermula akhir tahun ini sehingga awal tahun hadapan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, antara kawasan terlibat adalah R&R Machap (arah utara), Gelang Patah (kedua-dua arah), Tapah (kedua-dua arah), Gurun (arah selatan) dan Pagoh (arah selatan).

“Turut terlibat, Restoran Jejantas Sungai Buloh, Hentian Sebelah Senawang (arah selatan), Pedas Linggi (kedua-dua arah), Tangkak (kedua-dua arah), Bukit Gantang (kedua-dua arah), Tikam Batu (arah selatan), Alor Pongsu (kedua-dua arah), Behrang (arah selatan) dan Kampung Bemban (arah utara).

“Bagi plaza tol pula, ia melibatkan Plaza Tol Tapah, Kajang, Jalan Duta, Simpang Ampat, Sungai Besi, Seafield, Kota Damansara, Bukit Raja, Setia Alam, USJ dan Putrajaya.

“Di kawasan R&R terpilih, bilangan tandas duduk ditambah dan dilengkapi dengan kubikel khas untuk orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak, untuk keluarga, bilik menukar lampin bayi, tempat mandi serta landskap bagi pengudaraan dan pencahayaan semula jadi,” jelas kenyataan sama.

Bagi keselesaan sepanjang tempoh kerja-kerja penambahbaikan Plus memaklumkan, pengguna boleh menggunakan kemudahan tandas sementara yang telah disediakan.

Sebagai alternatif kata kenyataan itu, para pengguna juga boleh meneruskan perjalanan ke R&R dan hentian sebelah yang seterusnya untuk akses kepada tandas awam yang masih beroperasi seperti biasa.

“Setakat hari ini, kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di 11 lokasi sepanjang lebuh raya Plus telah disiapkan lebih awal dan boleh digunakan.

“11 lokasi tersebut adalah R&R Gelang Patah (arah utara), Hentian Sebelah Senawang (arah selatan), Pedas Linggi (arah utara), Tangkak (arah selatan), Tikam Batu (arah selatan), Alor Pongsu (arah utara) serta plaza tol di Jalan Duta, Tapah, Kajang, Bukit Raja dan Simpang Ampat.

“Bagi meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya pada masa hadapan, Plus merancang untuk laksanakan projek naik taraf kawasan-kawasan rehat dan hentian sebelah dari masa ke masa,” tambah kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI