fbpx

Padah buang serbuk teh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampah haram daripada sebuah treler yang dibuang di Jalan Selat Selatan, hari ini.

KLANG – Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang pemandu treler membuang sampah serbuk teh dan kotak secara haram memakan diri apabila dikompaun RM1,000 dalam kejadian di Jalan Selat Selatan di sini, hari ini.

Aktiviti lelaki berusia 50 tahun itu dikesan hasil intipan dilakukan anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 10.59 pagi.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, lokasi tersebut merupakan kawasan hot spot bagi aktiviti tersebut.

“Kita berjaya mengesan dan menahan sebuah tereler yang dipercayai membuang sampah pukal melibatkan serbuk teh dan kotak) untuk dilupuskan di situ.

“Pasukan kemudianya telah membawa kenderaan tersebut ke pusat tunda MPK , Jabatan Penguatkuasa untuk tindakan sitaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sepanjang operasi tiada perkara yang tidak diingini berlaku dengan kompaun sebanyak RM1,000 dikenakan kepada pemandu lori.

Tambahnya, sitaan dilakukan mengikut undang-undang kecil (UUK) 21 (1) dan kesalahan dibawah UUK 4 Pemungutan Pelupusan Sampah Sarap MPK 2007.

Kata Norfiza, MPK sentiasa memantau secara berterusan hotspot sampah menerusi Unit rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Jabatan Penguatkuasa, MPK.

“Sebanyak 105 unit CCTV telah diletakkan di kawasan-kawasan hotspot sekitar Klang bagi membuat pemantuan berterusan.

“Antara salah laku yang dapat dikesan adalah kesalahan pembuangan sampah haram, meletakkan kenderaan berat di kawasan yang bukan sepatutnya, iklan haram dan penjaja haram,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI