fbpx

MotoGP: Marquez selesa pacu Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ menguji jentera Ducati buat kali pertama bersama pasukan Gresini pada sesi ujian yang berlangsung di Valencia kelmarin. - AGENSI

VALENCIA – Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez dilihat tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharu, Gresini Racing apabila tampil cemerlang pada sesi ujian penutup musim di Litar Valencia kelmarin.

Pada sesi tersebut, Marquez dilihat agak selesa menunggang jentera Gresini buat kali pertama selepas mewakili Repsol Honda sepanjang karier MotoGP selama 11 musim sebelum ini.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Sepanyol berusia 30 tahun itu terpaksa ‘kunci mulut’ untuk memberikan komen positif memandangkan masih memiliki kontrak bersama Honda sehingga 31 Disember depan.

Pengurus Gresini, Michele Masini mengakui prestasi yang dipamerkan oleh anak buah baharunya cukup konsisten berdasarkan kepantasan yang dicatatkan sepanjang sesi percubaan.

“Ini adalah hari yang bagus buat pasukan kami dan semua pihak cukup gembira dengan prestasi yang dipamerkan di atas litar dan di dalam garaj. Cuma, saya tidak boleh berbicara secara spesifik mengenai Marquez (kerana terikat dengan kontrak).

“Apa yang pasti, kami tidak sabar untuk memulakan saingan musim baharu meskipun kempen 2023 baru sahaja berakhir minggu lalu. Saya jangka pasukan kami akan lebih menyerlah pada tahun depan,” katanya.

Gresini bakal mempertaruhkan bakat serta pengalaman yang ada pada Marquez bersama adik kandungnya, Alex bagi mengharungi musim 2024 yang dijangka bermula pada Mac depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI