fbpx

Mila seru rakan artis berzakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anhar (empat kanan), Muhd. Fikri ( dua kanan) bersama usahawan selebriti termasuk Mila yang menunaikan zakat perniagaan dan pendapatan hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Golongan artis diseru menunaikan zakat dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam membantu golongan sahabat artis terutamanya yang kesusahan dan memerlukan.

Selebriti tanahair, Nursyamila Jirin atau lebih dikenali Mila berkata, ini dilakukan menerusi konsep wakalah seterusnya menghayati hikmah berzakat.

Wakalah bermaksud pengeluar zakat dilantik sebagai wakil bagi pihak LZS untuk mengagihkan sendiri zakat dengan pemantauan LZS berdasarkan kepada prinsip agihan zakat.

“Program ini (wakalah) selaras dengan program dari poket selebriti kepada poket selebriti yang kita adakan hari ini.

“Saya memanjat rasa syukur kerana Allah memberi rezeki kepada saya untuk dikongsi sesama rakan artis yang hadir hari ini,” katanya ketika berucap pada program LZS: Selebriti Bersama Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir, hari ini.

Program yang diadakan di kediaman pasangan artis terkenal, Zamarul Hisham dan Diana Rafar di Laman Glenmarie di sini, turut disertai lebih 30 selebriti.

Pada majlis tersebut, tiga syarikat menyerahkan zakat perniagaan dan pendapatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM985,916.73.

Ini termasuk Bizmilla Catering Sdn. Bhd. sebanyak RM365,268.73.; Bawal Sdn. Bhd. (RM407,888.00) dan Herbaworks Healthcare Sdn. Bhd. (RM212,760).

Sementara itu Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd. Fikri Naim Harun berkata, program itu bertujuan untuk menggalakkan artis yang juga pempengaruh media sosial menggunakan populariti mereka untuk menggalakkan umat Islam menunaikan zakat.

“Setakat ini, kita berjaya mengutip RM800 juta daripada RM1.2 bilion yang disasarkan tahun ini. Justeru pengaruh selebriti amat diperlukan untuk menggalakkan sejuta umat Islam yang layak menunaikan zakat,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI