fbpx

Amaran Janna Nick buat Dini, sila berdepan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA berharap Dini mampu berterus-terang jika cintakan wanita lain suatu hari nanti.

ISU penyondol dan poligami kembali menjadi momokan ramai wanita apabila pensohor media sosial, Alif Teega yang sebelum ini menunjukkan sisi suami setia rupa-rupanya sudah menambah ‘cawangan’ dan memadukan isterinya, Aisyah Hijanah.

Antara yang terkesan termasuklah pelakon juga pengacara Janna Nick apabila tidak ketinggalan mengingatkan suaminya, Dini Schatzmann agar jangan tidak menipu dan menduakannya.

Biarpun menegaskan enggan masuk campur rumah tangga orang lain, hos program Famili Duo itu tanpa berselindung mengakui hal seumpama itu mengganggu emosinya.

Katanya, sebagai perempuan yang melihat wanita lain ditipu suami sendiri, timbul juga rasa bimbang di hatinya.

Sekiranya tiada lagi rasa cinta dan kasih sayang, kata Janna, jika Dini ada ‘telur’ jangan takut berdepan dengannya.

Alahai, sayu pulak Mizz Lahar dengar. Tengok gaya aktor itu setia orangnya. Betul tak?

Mizz Lahar: Ada seorang lagi selebriti khabarnya sedang berbelah bahagi nak berpoligami atau setia dengan seorang isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI