fbpx

Liga Europa: Peluang Nunez buktikan sentuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ dilihat lebih menyerlah bersama Uruguay, namun masih tercari-cari sentuhan gol bersama Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez perlu membuktikan ketajamannya sama seperti dilakukannya ketika mewakili Uruguay menjelang aksi Liga Europa menentang LASK Linz di Stadium Anfield awal pagi esok.

Nunez, 24, baru berjaya mengumpul empat gol daripada 12 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kali terakhir ketika meledak gol kemenangan menewaskan Bournemouth 2-1 pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris awal bulan ini.

Situasi berbeza ketika mewakili Uruguay apabila meledak lima gol dalam empat aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 sejak bulan lalu termasuk dua jaringan ketika menewaskan Bolivia minggu lalu.

Prestasi ‘yo-yo’ Nunez di peringkat kelab sebenarnya merugikan The Reds apabila dia melepaskan deretan peluang keemasan ketika seri 1-1 dengan Manchester City pada aksi EPL di Stadium Etihad, Sabtu lalu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan, aksi bertemu Linz amat penting untuk mengembalikan keyakinan bekas penggempur Benfica itu yang kini terpalit kontroversi pertelingkahan dengan pengendali City, Pep Guardiola.

“Dia (Nunez) seorang pemain yang penuh dengan potensi dan saya tidak meragui kemampuannya tetapi jalannya ketika ini ‘sedikit berbatu’. Dia bekerja keras dalam latihan sama seperti semua orang.

“Namun, anda perlu tahu bahawa dia seorang penyerang berbeza daripada apa yang kami ada. Kelebihannya adalah dia memberikan saya lebih banyak peluang di bahagian depan,” kata Klopp.

Kali terakhir Liverpool menentang Linz menyaksikan Nunez mengukir nama sebagai salah seorang penjaring selain Luis Diaz dan Harvey Elliott dalam kemenangan 3-1 pada September lalu.

Kemenangan kali ini secara tidak langsung akan mengesahkan tempat Liverpool ke pusingan kalah mati walaupun berbaki satu perlawanan Kumpulan E menentang Union Saint-Gilloise pada 15 Disember ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI