fbpx

Lelaki humban motosikal wanita dalam tasik serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang dihumbang dalam tasik di Bahau.

JEMPOL – Lelaki yang disyaki menghumban sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik wanita warganegara Indonesia ke dalam sebuah tasik di Bahau, di sini, semalam akhirnya menyerah diri malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah kira-kira pukul 7.30 malam dan telah memberi kerjasama kepada pihak polis susulan kes tersebut.

Menurutnya, suspek berusia 40 tahun itu telah mengaku mencampak motosikal ke dalan tasik dan polis akan memanggil pemilik kenderaan untuk merakam percakapan.

“Siasatan selesai dalam tempoh 24 jam dan suspek diberi jamin polis. Kertas siasatan akan dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan seorang wanita warganegara Indonesia yang didakwa mengganggu rumah tangga orang, seorang lelaki telah mencampakkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik wanita itu ke dalam sebuah tasik di Bahau di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI