DOHA, QATAR – Gencatan senjata antara pejuang Hamas dan tentera Israel di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama sehari lagi, demikian menurut pengantara, Qatar hari ini.
Ia diumumkan ketika jeda kemanusiaan yang memasuki hari keenam dijadual berakhir pagi tadi (waktu tempatan).
“Tentera Palestin dan Israel mencapai persetuuan untuk melanjutkan jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza untuk sehari lagi di bawah syarat-syarat yang sama.
“Ia terdiri daripada gencatan senjata dan kemasukan bantuan kemanusiaan dalam rangka kerja pengantara bersama Qatar,” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari.
Kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel sebelum itu mengesahkan lanjutan tersebut beberapa minit sebelum gencatan senjata sebelumnya tamat.
“Memandangkan usaha pengantara untuk meneruskan proses membebaskan tebusan dan tertakluk kepada syarat rangka kerja, jeda operasi akan diteruskan,” kata tentera Rejim Zionis.
Sementara itu, Hamas berkata, terdapat perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata bagi hari ketujuh, namun ia tidak memberikan butiran lanjut. – AFP