fbpx

“Kita panggil dewan ini dewan yang mulia” – Timbalan Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor membuka sidang Dewan Rakyat pagi ini dengan memberi teguran kepada Ahli Parlimen.

Beliau berkata, Dewan Rakyat dianggap sebagai dewan yang mulia, tetapi sikap sebilangan Ahli Parlimen tidak menunjukkan kemuliaan tersebut.

“Yang Berhormat sebelum sebelum saya mulakan sesi pagi ini ingin saya berkata sepatah dua. Kita memanggil dewan ini (Dewan Rakyat) dewan yang mulia.

“Tetapi adakah sikap dan perangai kita semasa berbahas dan menyampaikan hasrat rakyat, adakah ia suatu cara yang mulia. Satu perkara untuk difikirkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI