fbpx

Kemaluan anak putus semasa bersunat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSRIAWAN (kanan) bersama peguamnya di Balai Polis Sumatera Selatan, Palembang semalam. - Foto JPNN

JAKARTA – Seorang bapa menuntut keadilan setelah kemaluan anaknya terpotong semasa majlis berkhatan beramai-ramai di sebuah pusat kesihatan di Daerah Lahat, Sumatera Selatan, lapor portal berita Beritasatu.com semalam.  

Berikutan itu, keluarganya datang ke balai polis  di  Palembang untuk membuat aduan tentang kejadian itu yang berlaku pada 17 Oktober lalu.

Peguambela mangsa, Fitriadi berkata, budak tersebut mengalami perubahan sikap selepas kemaluannya terputus semasa berkhatan.

“Secara psikologi kanak-kanak  itu mengalami perubahan. Dia sering marah dan sering menyendiri,” kata Fitriadi semalam.

Keluarganya berkata, berdasarkan pemeriksaan perubatan, kemaluan yang sudah terpotong itu tidak boleh disambung semula.

Keadaan itu menyebabkan keluarga budak berkenaan keluarga lain membuat laporan polis.

Sementara itu bapa budak itu, Alex Musriawan berharap akan ada  keadilan untuk anaknya.

“Kami meminta keadilan. Sebagai orang tua, kami orang miskin berharap ada keadilan dan kes ini diserahkan sepenuhnya kepada peguam,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI