fbpx

Kelindan lori didakwa cuba bunuh anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hafiz (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas tuduhan cuba membunuh anggota polis.

TELUK INTAN – Seorang kelindan lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis di depan sebuah masjid di Chenderong Balai dekat sini bulan lalu.

Mohamad Hafiz Naharoddin, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan cubaan membunuh dengan memandu kereta Myvi berwarna merah secara berbahaya terhadap Koperal Nik Mohd. Khairul Izwan Nik Jid, sehingga cedera, yang mana tertuduh tahu perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah masjid di Simpang Empat, Labu Kubong, Chenderong Balai, kira-kira pukul 5.30 petang 23 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin membenarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis setiap bulan danmenetapkan kes itu disebut semula pada 29 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI