fbpx

Isu mak cik Kemboja, Che Ta pun naik angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Ta tumpang sakit hati dengan mulut lantang mak cik Kemboja yang bergurau mendakwa orang Melayu pemalas.

BIAR berulang kali meminta maaf, isu wanita yang disebut netizen sebagai mak cik Kemboja masih belum meredakan kemarahan rakyat Malaysia.

Tuduhan orang Melayu malas yang didakwa usahawan itu sebagai gurauan turut menjentik kemarahan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta.

Sebagai wanita yang gigih mengusahakan perniagaan, pelakon Kiah Pekasam itu menyifatkan mak cik Kemboja sebagai individu bermulut lantang sekali gus layak diboikot.

Memang berapi nada Che Ta dengan loghat Utara ‘menyekolahkan’ wanita itu sehinggakan Mizz Lahar yang dengar pun naik seram sebab Che Ta bukan jenis marah tak tentu hala.

Kalau dengar cara dan bunyi leteran Che Ta memang kelakar, tetapi apabila tengok betul-betul, memang bersungguh selebriti kesayangan ramai ini meluahkan perasaan kesal dan nampak serius ajak orang ramai boikot mak cik Kemboja.

Itulah bahana mulut, jangan main cakap saja tanpa fikirkan impak untuk jangka masa panjang.

Mizz Lahar: Dua selebriti sedang perang dingin sampai tak bercakap disebabkan isu kecil tak kesudahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI