fbpx

Ibu terpaksa pantang bersama bayi 4 hari dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di media sosial memaparkan keadaan daif sebuah keluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta sahaja.

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dilihat pada beberapa keping gambar memaparkan keadaan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan serba daif.

Menerusi hantaran Facebook oleh Muhammad Ridzuan Osman DikWan, keluarga berkenaan tinggal di dalam kereta jenis Proton Saga lama berhadapan Masjid Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.

Difahamkan, si ibu baru sahaja bersalin empat hari dan sedang berpantang bersama anak-anaknya yang lain.

“Ada satu keluarga terpaksa tidur dan berpantang bersama bayi empat hari dalam kereta. Tak ada tempat tinggal.

“Si ibu baru empat hari bersalin, anak yang seorang lagi pula demam teruk,” tulisnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari dalam ciapannya berkata, pegawai Pusat Khidmat parlimen Sungai Petani sudah membawa keluarga berkenaan ke tempat tinggal sementara.

Katanya, ia merupakan kerjasama dari semua pihak termasuk pejabat agama daerah, Masjid Murtadha Dakwah Centre, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi lain.

“Pihak kami dah turun bawa barang-barang keperluan seperti bakul makanan, lampin pakai buang dan susu di tempat tinggal sementara.

“Dengan kerjasama dari semua pihak insyaAllah kami cuba sedaya upaya menyelesaikan beberapa hal yang berkaitan permasalahan pasangan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI