fbpx

Henti sebarkan hal rumah tangga saya – Aisyah Hijanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISYAH Hijanah minta diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

PETALING JAYA – “Mohon berhenti berkongsi kerana hal ini akan bertambah buruk.”

Demikian pinta pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah yang berharap masyarakat berhenti menyebarkan perkara berkaitan kontroversi rumah tangganya yang tular kebelakangan ini.

Menurut Aisyah, pendekatan tersebut diambil kerana enggan membiarkan orang ramai menokok tambah hal berkaitan rumah tangganya terutama laporan perubatan yang mendakwa dirinya cedera akibat dipukul oleh suami, Alif Teega.

Saya ambil maklum tentang beberapa hal yang tular dan diketahui umum. Saya tidak boleh menafikan mahupun mengeyakan mana-mana perkara kerana tidak mahu membesarkan hal ini.

“Mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, berhenti berkongsi kerana hal ini akan bertambah teruk,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Aisyah turut meminta orang ramai memberinya ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya ketika ini.

Aisyah juga menjelaskan laporan perubatan yang rancak diperkatakan dalam media sosial bukan ditularkan oleh mana-mana pihak dari klinik yang terbabit.

“Biarlah saya dan yang terlibat menyelesaikan hal ini daripada sudut dalaman.

“Buat masa ini saya dan Alif dalam keadaan baik-baik sahaja

“Saya perlu bertanggungjawab bagi pihak klinik dan laporan perubatan itu bukan disebarkan oleh pihak mereka,” katanya lagi.

Dalam perkongsian sama, dia turut menitipkan permohonan maaf sekiranya hal rumah tangganya mencetuskan perdebatan sehingga menganggu emosi ramai.

Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana telah mengganggu kesejahteraan mental dan emosi kalian.

“Kami doakan agar kita semua dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman.

“Terima kasih kerana telah mendoakan yang terbaik, semoga semua itu berbalik kepada kalian semula,” tuturnya.

Sejak kelmarin, tular salinan laporan perubatan yang mendakwa Aisyah cedera pada bahagian lengan, muka dan teliga akibat dikasari suami.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu menjadi bualan ramai selepas Alif mengaku berkahwin kali kedua dengan seorang wanita dipercayai pekerja syarikatnya.

Pengakuan tersebut mencetuskan kemarahan ramai yang tidak bersetuju dengan cara Alif berpoligami apatah lagi Aisyah kini hamil lima bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI