fbpx

EPL: Chelsea sah aktif pada jendela Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO (kanan) mungkin akan memburu sekurang-kurang dua lagi pemain pada jendela perpindahan musim sejuk nanti untuk memperkuatkan pasukannya. - AFP

LONDON – Selepas berbelanja besar dalam tiga jendela perpindahan lalu, Chelsea dilaporkan masih belum berpuas hati dan dijangka kembali ke pasaran musim sejuk kali ini untuk mendapatkan beberapa lagi pemain baharu.

Laporan menyebut bahawa, keutamaan pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino kali ini adalah untuk membawa masuk penyerang tengah, namun mereka jika gagal mendapatkan pemain yang diinginkan pada Januari ini, mereka akan menunggu sehingga jendela musim panas.

The Blues sedang bersiap untuk mengemukakan tawaran kepada Brentford untuk mendapatkan khidmat Ivan Toney yang berminat untuk mencari kelab baharu sebagai hukuman penggantungan lapan bulannya berakhir.

Toney telah menukar ejennya dalam usaha untuk meninggalkan Brentford, namun Chelsea tidak berdepan jalan mudah apabila Arsenal juga secara terbuka menyatakan minat mereka.

Sekiranya gagal memikat Toney, Pochettino dilapor menamakan penggempur Napoli, Victor Osimhen sebagai antara calon biarpun sedar ia adalah misi sukar kerana kelab Itali itu masih kekal dengan keputusan untuk tidak melepaskannya.

Staf kejurulatihan Chelsea percaya bahawa mereka perlu mendapatkan seorang lagi penyerang untuk memberikan saingan kepada Nicolas Jackson bagi meningkatkan tahap prestasinya untuk jangka panjang.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano percaya bahawa Pochettino masih memerlukan pemain baharu terutama di dua posisi yang sangat penting iaitu di bahagian serangan dan benteng pertahanan tengah.

“Saya fikir Chelsea mungkin akan mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain pada Januari ini, tetapi ia juga bergantung kepada pemain yang mereka mampu keluarkan.

“Keutamaan mereka adalah penyerang dan bek tengah. Mari sama-sama kita tengok sama ada mereka mampu mendapatkan pemain yang betul untuk dua posisi tersebut, tetapi yang pasti itu adalah keutamaan mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI