fbpx

Dewan Negara: KKD ambil tindakan halang penyiaran iklan jelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), bakal melakukan perbincangan bersama penyedia platform media sosial bagi menghalang penyiaran iklan jelik daripada terus dimainkan di platform yang terlibat.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, masalah yang ditimbulkan ini boleh menyebabkan pengguna mengalami sindrom terowong atau menghasilkan ruang gema di media sosial.

“Kebiasaannya, iklan yang disajikan di aplikasi atau apabila kita pergi ke blog adalah berdasarkan algoritma atau apa kita suka tonton atau tengok.

“Kalau kita suka tengok, saya bagi contoh, kereta, maka keretalah yang disajikan.Sebab itulah, kalau orang suka kucing, gambar kucing sahajalah yang keluar di media sosial,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail di Dewan Negara berkenaan kewujudan iklan jelik yang memaparkan kandungan melampau di media sosial.

Tambah Fahmi, pihaknya mengambil maklum isu tersebut dan bakal mengambil tindakan lanjut.

“Sekiranya ada masalah berkenaan algoritma, clear cache atau sejarah pelayaran untuk elak masalah sama daripada berlaku pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI